Feb
03Antara Chinese New Year, Taiping dan Penang
Posted By: AbdulMuthalib on February 3, 2009 at 12:24 pmSempena cuti Chinese New Year yang lepas, saya dan keluarga telah balik ke rumah mertua saya di Taiping. Ini merupakan aktiviti hampir setiap tahun kerana isteri saya seorang Chinese muslim. Bila balik ke Taiping saya pasti pergi ke Taman Tasek Taiping untuk jalan-jalan dan makan Laksa Buyong. Juga tidak ketinggalan popia. Emm…memang best. Taiping sekarang dah ada pasaraya Giant dan Tesco serta Taiping Sentral. Banyak juga perubahan.
Masjid Taiping pun dah pasang aircond.
kamagra oral class=”MsoNormal”>Selain itu saya sekeluarga juga pergi ke Penang, pastinya saya akan dapatkan Laksa Penang, pesembor, mee udang, char kue tiow dan mee goreng mamak. Di sebabkan anak-anak saya tak pernah naik beca, so kali ini saya dan anak-anak naik beca di Padang Kota, bukan main seronok lagi anak kedua saya.

Saya juga pergi ke muzium negeri dan Penang Hill. Kali pertama saya ke Penang Hill adalah masa darjah 6
…lama tu. Dah banyak berubah rupanya. Kebetulan pula masa tu ada pertunjukkan ular oleh Mr.King Cobra. Saya sempat merakamkan nya dan upload ke You Tube
Gambar-gambar dari Penang Hill
Oh ya, di Penang saya juga bawa akan-anak pergi ke Penang Toy Muzium. Anak-anak saya seronok betul tengok patung kartun yang mereka suka.
Gambar-gambar dari Penang Toy Muzium
Penang Hill
Gurney Drive
propecia cost alt=”Gurney Drive” width=”500″ height=”375″ />
Sewaktu balik dari Penang saya guna Feri. A new experience untuk anak-anak saya. Selama seminggu berada di Taiping dan Penang begitu memenatkan tapi seronok, terutama anak-anak. Kesian juga tengok isteri saya kepenatan kerana sedang mengandung 7 bulan anak ke tiga kami.
Kesimpulannya cuti Chinese New Year kali ini begitu seronok untuk saya sekeluarga, terutamanya anak saya sebab dapat banyak angpow…
Jumpa lagi.
Popularity: 10% [?]
| Filed Under: Featured , Jalan-Jalan Tagged with King Cobra, Laksa Buyong, Laksa Penang, Penang, Penang Hill, Penang Toy Museum, Zoom Malaysia |
















