Assalamualaikum & Selamat Sejahtera.
Dalam tulisan saya yang lepas, saya telah menerangkan 3 langkah yang saya ambil untuk menghasilkan blog ini iaitu.
- Dapatkan dan daftar dengan webhosting company.
- Daftar nama domain.
- Download wordpress dan upload ke hosting company yang telah saya daftar di nombor 1.
Saya juga telah menerangkan secara ringkas berkaitan dengan perkara nombor 1, iaitu berkenaan dengan webhosting company. Dalam ‘part 2’ ini saya akan menerangkan berkenaan perkara nombor 2, iaitu daftar nama domain.
Nama domain atau Domain name adalah nama yang digunakan untuk website atau blog anda. Biasa nya www.domainanda.com. Nama ini adalah unik dan anda perlu mendaftarkannya. Banyak syarikat yang menawarkan perkhidmatan ini. Contohnya godaddy.com, hostgator.com malah Kiosk.ws juga menawarkan perkhidmatan ini. Harga yang di kenakan kebanyakannya berbeza antara satu dengan lain.
Jadi anda perlu melakukan survey dan bertanyakan pada otai-otai di forum-forum local seperti wangcyber.com dan jombincang.com.
Bagi saya pula, saya telah mendaftarkan domain ini di godaddy.com. Kenapa saya pilih godaddy.com? Sebab ada otai-otai yang mencagangkannya. J. Untuk mendaftar dengan godaddy.com,anda boleh lah pergi ke lawan web www.godaddy.com dan pilih lah ‘Domain’ -à Register domain. Sebelum tu anda perlulah pastikah yang nama domain yang anda ingin pilih itu belum lagi di gunakan. buy kamagra Kalau nama domain yang anda ingin pilih tu dah ada orang lain yang beli, kena lah pilih nama domain yang lain.
Nama domain yang anda perlu pilih mestilah ada kena mengena dengan apa yang anda ingin pamir di webpage anda. Tapi sekarang ini ramai yang menggunakan nama sendiri, contoh nya Irfan Khairi, beliau menggunakan www.irfankhairi.com, Zamri Nanyan – www.zamrinanyan.com dan lain-lain lagi. Ini biasanya di gunakan bagi yang telah mempunyai nama.
Dalam kes saya pula, saya telah memilih nama domain blogotai.com. Saya rasa nama ini senang untuk orang ingat iaitu gabungan blog dan otai. Blogotai.com memang merupakan sebuah blog manakala saya pula telah agak berumur, jadi saya telah pilih nama blogotai.com.
Anda boleh memilih nama yang anda rasakan sesuai dengan apa yang anda ingin perkatakan di blog anda. Tak kiralah nama anda, hobi anda atau pun perniagaan anda.
buy propecia online without prescription style=”margin: 0in 0in 0pt;”>Cara mendaftarnya mudah, ikut arahan yang disediakan. Harga untuk satu domain ( .com ) ialah USD9.99 untuk setahun.
Anda boleh mendapatkan diskaun sekiranya anda mempunyai kupon. Saya menggunakan kupon kod ‘cjcwinner’( Masa saya mendaftar domain blogotai.com, kupon ini masih boleh lagi di gunakan ). Dengan menggunakan kod kupon ini harga domain yang anda perlu bayar akan lebih murah. Anda juga boleh mendapatkan kupon-kopun untuk berbagai website di http://www.couponwinner.com/mostused.aspx .
Bentuk pembayaran adalah menggunakan Kredit Kad. Sekiranya anda mempunyai akaun paypal, anda boleh juga membuat pembayaran menggunakannya.
Popularity: 5% [?]
| Filed Under: Membuat blog Tagged with domain name, kupon, murah, webhosting |










