BlogOtai

Blogging bersama AbdulMuthalib tentang Dunia blogging, Teknology, Buat Duit dan Hiburan

Advertisement

Posts Tagged ‘ buat duit online ’

Istilah “niche” sering digunakan dalam perniagaan online, malah selalu ditekankan untuk kita memilih niche yang betul supaya kita dapat buat duit di Internet. Jadi apakah itu niche dan mengapakah ianya sangat penting?

Secara ringkasnya niche ialah satu kumpulan sasaran orang yang berkongsi minat yang sama. Sebagai contoh, anda mungkin seorang pemain gitar yang telah bermain gitar selama bertahun-tahun dan ingin buat duit melalui Internet. Anda memilih niche bermain gitar. Bermain gitar pada umumnya adalah niche yang cukup besar, dan anda perlu pergi lebih kusus lagi berkenaan bermain gitar untuk berjaya buat duit dengan Internet.

Dalam hal ini, anda perlu lebih fokus kepada pemain gitar tertentu. Sebagai contoh, anda boleh fokus pada mempromosikan produk kepada pemain gitar rock, atau pemain gitar blues. Anda juga boleh mempromosikan pelajaran gitar khas yang khusus pada jenis muzik mereka.

Untuk lebih khusus lagi, anda mungkin boleh memberi tumpuan kepada kumpulan yang lebih kecil lagi seperti panduan bermain gitar akustic kepada orang yang baru belajar bermain gitar.

Anda pasti tertanya-tanya, mengapa anda perlu fokus kepada sekelompok kecil manusia sekiranya anda ingin berjaya buat duit melalui Internet.

Ini adalah kerana anda menumpukan perhatian kepada kumpulan yang kecil sahaja dan tidak bersaing dalam scope yang lebih besar. Ini membolehkan anda memberi tumpuan kepada memenuhi keperluan mereka atau pun menyelesaikan masalah mereka secara khusus.

Disini anda dapat menonjolkan diri anda sebagai seorang pakar yang mampu menyelesaikan masalah mereka. Malah anda juga mungkin lebih menonjol di mata meraka berbanding dengan syarikat atau individu yang anda wakili ( pemasaran affiliate )

Jadi, pilihlah niche yang betul berdasarkan minat anda atau pun sesuatu bidang yang anda ingin ceburi dan ingin belajar lebih mendalam lagi. Ini kerana dengan memilih niche berdasar minat atau pun apa yang anda minati dapat mengekalkan semangat anda ataupun konsistansi anda dalam usaha untuk buat duit dengan Internet.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pendapat, sila nyatakan di bahagian komen.

Popularity: 25% [?]

Menjadi seorang jutawan memang menjadi impian semua orang. Tanyalah pada sesiapa sahaja, tak kira bangsa, warna kulit dan agama pasti mengimpikan untuk menjadi jutawan.

Tetapi persoalannya bagaimana hendak menjadi jutawan? apakah resepi untuk menjadi jutawan? Memang ada cara dan resepinya untuk menjadi jutawan. Resepinya adalah anda perlu mempunyai faktor-faktor berikut.

Faktor-faktor ini saya ambil dari email jutawan kesayangan kita Irfan Khairi. Baca dan lihatlah kedalam diri sendiri, ada tak faktor-faktor yang tertera di bawah ini dalam diri kita. Kalau tak ada kena lah berubah cepat-cepat.

Carta top 10 faktor seorang Jutawan!

Oleh: Irfan Khairi

Menurut buku the Millionaire’s Mind tulisan Dr Thomas Stanley yang memuatkan survey yang dijalankan keatas beribu jutawan, terdapat 10 faktor kejayaan seseorang jutawan. Berikut adalah carta bermula dengan nombor sepuluh…

10. Kemahiran menjual produk dan idea sendiri

Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa kebanyakan jutawan datangnya dari bidang perniagaan. Sebagai usahawan, apa yang penting adalah kebolehan seseorang itu menjual produk dan idea mereka. Seringkali mereka adalah tergolong dalam orang-orang yang pandai berkomunikasi., terutamanya komunikasi dalam menjual produk, perkhidmatan dan juga idea sendiri.

9. Cekap dalam pengurusan

Mencapai tahap jutawan, bukanlah one-man-show. Sering kali memerlukan bantuan orang lain. Jutawan perlu cekap dalam menguruskan diri, perniagaan dan juga orang lain. Pengurusan yang cekap akan menentukan segala keraja berjalan dengan lancar.

8. Mempunyai semangat persaingan yang tinggi

Seringkali dalam mencapai kejayaan, kita perlu bersaing- sama ada dalam perniagaan atau dalam tangga koprat. Namun begitu, persaingan yang paling penting sekali adalah persaingan dengan diri sendiri, iaitu untuk mencapai kejayaan yang lebih daripada pencapaian kita sebelum ini setiap masa.

7. Mempunyai kualiti kepimpinan yang tinggi

Hanya 2% sahaja daripada kita adalah ketua yang boleh memimpin. 2% itulah seringkali mereka yang berada teratas di dalam industri masing-masing. Pepatah berbunyi “Leaders are readers”, mereka yang memimpin selalunya banyak membaca untuk menambahkan ilmu dalam bidangnya tersendiri. Dengan ilmu, ia akan memudahkan kita mengurus dan mengetuai industri kita.

6. Mencintai karier dan perniagaan

Tidak dapat dinafikan lagi, mereka yang bergelar jutawan sememangnya melakukan apa yang mereka suka. Tidak kira sama ada bekerja makan gaji ataupun menjalankan perniagaan, mereka adalah peminat setia kepada industri yang mereka jalani. Mencintai karier dan perniagaan masing-masing adalah bagaikan petrol yang tidak akan kontang bagi sebuah kereta. Keghairahan akan membawa kita mencapai kejayaan tanpa mengira penat lelah.

5. Bekerja lebih keras berbanding dengan orang lain

Orang keramaian menghabiskan masa kurang dari 50jam seminggu dalam karier atau perniagaan masing-masing. Mereka yang bergelar jutawan pula menghabiskan masa lebih daripada 50jam seminggu. Ramai yang sanggup bekerja sehingga 60-70jam atau lebih seminggu! Ini juga akibat daripada keghairahan yang dimiliki dalam karier atau perniagaan. Untuk mencapai jutawan, seseorang itu perlu keluar dari kepompong kebiasaan dan bekerja lebih keras berbanding orang lain.

4.Mempunyai pasangan hidup yang memahami dan menyokong

Pepatah mengatakan bahawa, behind every succesful man, there is a woman. Bagi anda yang memburu kejayaan, amat-amat penting mempunyai pasangan hidup yang benar-benar memahami dan memberi sokongan 110%. Sekiranya tidak, maka, usaha untuk mencapai kejayaan akan menjadi semakin sukar. Tidak kira sokongan daripada suami, isteri atau keluarga, sokongan adalah satu kemestian dalam membina keyakinan diri yang tegar tidak kira apa sahaja halangan yang bakal ditempuhi.

3.Mudah mesra dengan orang lain

84% kejayaan seseorang bergantung kepada mereka yang berada disekelilingnya, iaitu orang-orang lain. Untuk mencapai jutawan, seringkali perlu bantuan dari orang lain. Mempunyai personaliti mesra dengan orang lain akan memudahkan perhubungan sesama insan dan penerimaan orang lain atas diri kita. Ini sejurus membantu kita dalam mengembangkan rangkaian kenalan kita dengan lebih besar.

2. Berdisiplin

Selalunya kejayaan dicapai apabila kita adalah “boss”. Menjadi boss perlu disiplin yang kuat oleh kerana kita tidak mempunyai orang atasan. Sebagai contih, sekiranya menjalankan perniagaan, usahawan tidak perlu menjawab kepada sesiapa pun. Dirinya adalah boss kepada perniagaan sendiri. Tanpa disiplin, pastinya tidak dapat menguruskan perniagaan dengan betul dan lancar. Orang ramai sering mengaitkan menjadi jutawan boleh banyak berehat dan bersantai. Tetapi, sebaliknya yang berlaku kerana sekiranya jutawan banyak berehat dan santai, bagaimana pula dengan karier dan perniagaan? Pastinya dengan lebih banyak pendapatan, maka lebih banyak tanggungjawab atas karier dan perniagaan. Maka disiplin diri adalah penting untuk memastikan segalanya berterusan.

1. Jujur dengan semua orang

Sifat jujur adalah sifat yang terpuji. Sifat tersebut disenangi oleh semua orang. Dengan menjadi jujur kepada mereka disekeliling kita, tak kira keluarga, kenalan, pelanggan atau rakan perniagaan, jujur adalah faktor utama dalam mencapai kejayaan sebagai seorang jutawan.

Bagaimana? Adakah anda mempunyai faktor-faktor di atas? Renung-renung kan.

Popularity: 50% [?]