Soal Jawab Perniagaan Internet
Dibahagian ini anda boleh membaca soalan-soalan yang biasa bermain di fikiran seorang newbie. Sekiranya anda mempunyai soalan-soalan mengenai perniagaan internet yang tidak terdapat di sini, sila kemukan di bahagian komen. Saya akan menjawabnya berdasarkan pengetahuan saya. Saya juga akan mengumpulkan soalan-soalan yang saya rasakan ingin diketahui oleh seorang newbie yang dia ambil dari forum-forum.
Sekiranya anda mendapati jawapan yang saya di berikan tidak tepat/betul sila beritahu saya (Terima Kasih daun keladi dari saya). Sekiranya anda dapati soal-jawab ini berguna, sila beritahu rakan. Kerjasama anda amat dihargai. Semoga mendapat kebaikan.
Soalan 1.
Apakah ia Perniagaan Internet?
Perniagaan Internet adalah sama seperti perniagaan conventional. Ianya melibatkan transaksi iaitu penjual, product, wang dan pembeli. Cuma kita menggunakan Internet sebagai medium untuk memasarkan product kita.
Soalan 2.
Apakah product-product yang boleh di jual di internet.
1. Product fizikal. Seperti Computer, handphone, baju, kasut dan lain-lain lagi
2. Product Digital. Seperti ebook, ringtone, lagu, software dan lain-lain lagi
3. Perkhidmatan atau Service. Separti perkhidmatan membina laman web.
Soalan 3.
Bolehkah saya menjalankan perniagaan internet sedangkan saya tidak tahu tentang internet, atau tak tahu tentang computer, atau tak tahu buat website.
Anda boleh menjalankan perniagaan internet walaupun anda tak tahu spt di atas dengan syarat anda ingin belajar. Kalau tidak ingin belajar…apa-apa pun tak jadi.
Soalan 4.
Adakah laman web di perlukan untuk menjalankan perniagaan internet?
Anda masih boleh menjalankan perniagaan internet walaupun anda tidak mempunyai laman web, kerana ada beberapa program yang anda boleh ikuti seperti;
1. Laman lelongan seperti lelong.com.my dan ebay.com.my
2. Program Affiliate seperti clickbank.
3. Program Adsense
Soalan 5
Apakah yang di perlukan untuk menjalankan perniagaan internet?
Perkara-perkara yang diperlukan untuk menjalankan internet adalah:
1. Product/Barangan yang ingin di jual.
2. Domain name
3. Website
4. Webhosting
5. Cara menerima wang
6. Cara menghantar barangan jualan dan
7. Promosikan product anda.
Soalan 6.
Apakan product yang boleh di jual di internet.
Rujuk soalan 2
Soalan 7
Apakah ia domain name?
Nama domain atau domain name adalah nama perniagaan anda. Domain name ini juga digunakan sebagai nama laman web anda, contohnya www.nike.com . Nama domain ini unik, maknanya tidak boleh ada 2 website yang mempunyai nama domain yang sama. Seperti juga perniagaan bukan internet, dua syarikat tidak boleh mempunyai nama yang sama.
Soalah 8
Apakah ia website atau pun laman web?
Laman web adalah tempat di mana anda menceritakan tentang product anda. Separti apakah kebaikan product anda, Kenapa product anda patut atau mesti di miliki, gambar2 product anda, testimonial para pelanggan anda, harga product anda, cara membuat tempahan, borang tempahan, cara membuat bayaran, cara untuk menghubungi anda atau apa2 sahaja berkenaan perniagaan anda.
Soalan 9
Apakah pula webhosting?
Webhosting adalah tempat anda meletakkan website anda. Setelah anda membina website anda, anda perlulah meletakkan website anda di syarikat2 yang menawarkan perkhidmatan wenhosting. Ianya merupakan bangunan kedai ataupun tapak tempat anda menjalankan perniagaan yang biasanya di sewa. Begitu juga dengan webhosting, anda perlu membayar sewaan bulanan atau tahunan. Bagi perniagaan bukan internet, harga sewaan kedai atau tapak yang kita sewa itu bergantung kepada saiz kedai itu. Begitu juga dengan perniagaan internet, ada hosting company yang mengenakan charge berdasarkan bandwidth, saiz (biasanya dalam Megabytes) atau pun bilangan domain. Tapi anda tak perlu risau tentang itu buat masa ini.
Anda perlu tahu yang webhosting itu adalah tempat anda meletakkan website anda, ataupun dalam perniagaan bukan internet, ianya merupakan kedai atau tapak perniagaan yang anda sewa itu.
Soalan 10
Bagaimanakah cara untuk menerima bayaran di internet?
Akan di sambung. Sekiranya anda mempunyai soalan tentang perniagaan internet. Letak di bahagian komen, InsyaAllah saya akan cuba menjawabnya.
Popularity: 7% [?]
