BlogOtai

Blogging bersama AbdulMuthalib tentang Dunia blogging, Teknology buat Buat Duit

    You are here: Home > Berita Semasa > Featured > SMS Raya

Sep

24

SMS Raya

Posted By: AbdulMuthalib on September 24, 2009 at 10:53 pm

kad ucapan selamat hari raya

kad ucapan selamat hari raya

Salam Sejahtera,

Sempena AidilFitri ini saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya AidilFitri dan Maaf Zahir Batin kepada semua pembaca blog ini.

Kalau dulu ucapan kad raya begitu popular dan menjadi satu kemestian tetapi sekarang kad raya tidak se popular dulu. Ucapan melalui SMS lebih menjadi pilihan begitu juga melalui email.

Saya juga banyak menerima ucapan Selamat Hari Raya melalui SMS dari kawan-kawan yang muslim dan juga yang bukan muslim, ada yang kelakar , sedih, malah ada juga yang agak kurang enak di baca. Berikut adalah antara SMS yang saya terima.

” Mata kadang tersilap memandang, telinga kadang tersalah mendengar, mulut kadang terlepas berucap, hati kadang terlajak menduga, mohon kemaafan di atas segala khilaf & kesalahan yang pasti ada… Pelita diletak di atas para, hendak dinyalakan di atas perigi, SMS dihantar pengganti kad hari raya sebagai tanda ingatan di AidilFitri. Selamat Hari Raya AidilFitri, Maaf Dzahir Batin…Ikhlas Dari XXXX”.

” Alhamdulillah, tertunainya puasa, moga segala amal diterima Allah swt, kalau ada silap dan salah, mohon anpun maaf, Selamat Hari Raya dari XXXX sekeluarga.”

” Jika kesilapan semalam belum terampun, ‘MAAFKANLAH’. Jika kesilapan hari ini menyakitkan hati, ‘LUPAKANLAH’. Jika kesilapan esok mendatang, janganlah dibawa ke AKHIRAT. Saya ingin menyusun sepuluh jari, mohon ampun dan maaf andai ada terkasar bahasa dan tersilap kata. Selamat menyambut Hari Raya AidilFitri…Dari XXXX sekeluarga”

” Ya Allah, akhir Ramadan yang barkah ini, muliakan dan sayangi kepada yang sedang baca SMS ini. Bahagiakan keluarganya, sihatkan tubuh badannya, berkati rezekinya, kuatkan imannya. Beri kenikmatan ibadah padanya, jauhkannya dari fitnah. Suburkan benih KEISLAMAN pada zuriat dan keturunannya dan masukkan dia kedalam syurgamu. Selamat menyambut AidilFitri…Maaf ZAhir Batin…Ikhlas dari XXXX sekeluarga.”

Itulah antara SMS raya yang saya terima. Apa yang penting ialah keikhlasan kerana kata guru saya ikhlas adalah rahsia segala rahsia.

Bagaimana dengan anda. anda mempunyai SMS raya yang menarik untuk di kongsi, tulislah di bahagian komen supaya dapat di kongsi bersama. Jumpa lagi.

Popularity: 100% [?]

    Filed Under: Berita Semasa , Featured Tagged with , ,

Recommend Related Products
Digg it       Save to Del.icio.us       Subscribe to My RSS feed      
Add this to:
Comment by Mantra
2009-10-05 01:02:44

Assalamualaikum,

Selamat Hari Raya Maaf zahir Batin.
raya tahun ni meriah berbanding tahun sudah. ramai saudara yang tak kenal dapat kenal tahun ni. Alhamdulillah….

 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
URI
Your Comment (smaller size | larger size)
You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> in your comment.

Trackback responses to this post



RSS Feed RSS Feed

Ads

Categories:


Powered by Yahoo! Answers