BlogOtai

Blogging bersama AbdulMuthalib tentang Dunia blogging, Teknology buat Buat Duit

Categories

Nov

24

Perniagaan Internet Secara Full Time.

Posted By: AbdulMuthalib on November 24, 2011 at 11:48 pm

Salam sejahtera,

Ramai yang ingin melakukan Perniagaan Internet secara full time. Antara sebab-sebabnya ialah:

  • Dengan harapan tak perlu menghadapi traffic jam setiap hari.
  • Tak perlu melayan kerenah boss yang suruh buat itu dan ini.
  • Tak perlu punch card.

Dan banyak lagi alasan yang boleh diberikan.

Tetapi bilakah kita boleh menjalankan Perniagaan Internet secara penuh masa

? Irfan Khairi telah menulis satu artikel tentang bilakah masa yang sesuai untuk berhenti kerja dan melakukan Perniagaan Internet secara full time…

PErniagaan Internet sepenuh masa

Ada yang tanya pada saya, bilakah waktu terbaik untuk memulakan perniagaan dan berhenti kerja makan gaji? (pertanyaan dari mereka yang masih makan gaji dan berminat untuk mulakan perniagaan).

Jawapannya, sebaiknya…

 

  • Bila kita dah mempunyai simpanan sekurang-kurangnya untuk menampung 3 bulan hidup kita tanpa sebarang income masuk. Terbaik adalah simpanan 6 bulan. Sebabnya, bila mulakan perniagaan, bukannya terus start perniagaan terus akan dapat income… sering kali, ia mengambil masa sedikit untuk melihat income yang baik. Oleh itu, terbaik, sebelum berhenti kerja makan gaji dan punca pendapatan utama anda terhenti, pastikan anda mempunyai simpanan secukupnya untuk menampung 3-6 bulan hidup anda!
  • Bila sudah ada pengalaman perniagaan. Sekiranya belum ada pengalaman langsung dalam sesuatu perniagaan itu, jangan terus quit kerja makan gaji dan lakukan perniagaan pula. Sebaiknya, test market dulu… sambil kerja, lakukan sedikit part time dalam perniagaan yang ingin di ceburi. Dalam erti kata lain, sekurang-kurangnya sebelum berhenti kerja makan gaji, dapatkan pengalaman walaupun part time perniagaan yang akan diceburi!
  • Bila kita ada banyak ilmu dalam bidang tersebut. Jangan terus quit kerja dan memulakan perniagaan sekiranya kita masih lagi cetek dalam ilmu perniagaan tersebut. Banyak membaca buku2 ilmiah yang berkaitan dengan perniagaan tersebut, lakukan research online, bertanya pakar-pakar industri sekiranya ada yang tak faham, dapatkan mentor, hadiri majlis ilmu berkaitan dengan perniagaan tersebit dan sewaktu dengannya. Ilmu adalah amat penting dalam apa jua bidang. Termasuk bidang perniagaan yang anda ingin ceburi. Sememangnya ilmu kita dalam sesuatu bidang itu tidak akan lengkap, tetapi sekurang-kurangnya banyak ilmu mengenai sesuatu perniagaan itu kita telah pelajari.

Sering saya dengar kisah seseorang quit kerja makan gaji untuk memulakan perniagaan, tetapi tidak melakukan perkara-perkara di atas… jawabnya, perniagaan pun bungkus, hidup semakin stress. Harapnya dijauhkan dari kita…

Bagi Irfan sendiri, beliau menjalankan Perniagaan Internet selama dua tahun sebelum berhenti kerja dan buat full time Perniagaan Internet.

Semoga kita sama mengambil pengajaran.

 

Jumpa lagi

 

Popularity: 2% [?]

    Filed Under: Tips dari Otai Bisnes Internet
Digg it       Save to Del.icio.us       Subscribe to My RSS feed      
Add this to:


RSS Feed RSS Feed

Ads

Categories: