BlogOtai

Blogging bersama AbdulMuthalib tentang Dunia blogging, Teknology buat Buat Duit

Categories

Dec

31

Mambaca banyak blog dengan menggunakan Google Reader

Posted By: AbdulMuthalib on December 31, 2008 at 11:32 am

Salam Sejahtera,

Saya tertarik dengan article yang bertajuk RSS Reader memudahkan anda membaca 100 blog serentak di wangcyber.com yang di tulis oleh Amin pemilik http://sumberterbuka101.blogspot.com. Memang betul RSS Reader memudah kita membaca banyak blog.

Bagi saya pula, saya menggunakan kemudahan yang di sediakan oleh Google iaitu Google Reader. Antara sebab saya suka menggunakan Google reader ini adalah saya dapat membaca banyak blog dalam masa yang singkat. Dan pada masa yang sama dapat melihat post-post yang terdahulu. Dengan hanya satu klik sahaja saya dapat melihat blog lain dan juga post-post yang terdahulu.

Cuba lihat screen untuk Google Reader saya di bawah.

Google Reader

Di sebelah kiri adalah blog-blog yang saya subscribe menggunakan Google Reader. Di sebelah kanan pula adalah senarai post-post yang terdapat dalam blog tersebut berserta dengan ringkasan mengenai post berkenaan. Jika saya berminat dengan tajuk yang di bincangkan dan ingin membaca dengan lebih kanjut, saya akan klik pada tajuk di sebelah kanan dan keseluruhan post atau ringkasan post berkenaan akan di paparkan.

Sekiranya saya ingin membaca blog lain saya hanya perlu klik sekali sahaja di sebelah kiri dan tajuk-tajuk  post yang terdapat dalam blog berkenaan akan terpapar di sebelah kanan.  Namun begitu untuk meninggalkan komen anda masih perlu pergi pada url blog yang sebenar.

Bagaimana menggunakan Google Reader?

1. Buka http://www.google.com/reader dan anda akan dapat skrin seperti di bawah

Google Reader logon screen

2. Anda boleh logon menggunakan Google ID anda. Di bawah adalah Screen Google Reader saya. Bila kita logon, Google Reader akan paparkan ‘What’s New?’, iaitu post-post terbaru yang belum kita baca dari blog-blog yang kita subscribe.

My Google Reader page

3. Untuk subscribe, klik pada butang ‘Add a subscribtion’. Seperti di bawah.

Google Reader - add subscription

4. Satu kotak kecil akan terpapar dan anda perlu taip feed URL untuk blog yang anda ingin subscribe. kamagra cheapest Sebagai contoh untuk blog ini feed URL nya adalah http://blogotai.com/feed dan klik pada  butang ‘Add’ .

Google Reader - Add subscription

5. Dan di sebelah kanan terpaparlah tajuk-tajuk post yang terdapat dalam blogotai.com

Google Reader - subscribe

6. OK, macamana pula untuk un-subscribe? Di bahagian bawah sebelah kiri terdapat menu ‘Manage Subscription’. Klik pada ‘Manage Subscription’

Google Reader - Manage

7. Anda akan di bawa ke skrin seperti di bawah. Jadi untuk un-subscribe sesuatu blog, ‘tick’ pada kotak di sebelah kiri dan klik pada butang unsubscribe.

Google Reader - unsubscribe

Selamat mencoba. Sekiranya anda ada komen sila nyatakan di bawah. :)

Popularity: 3% [?]

    Filed Under: Blogging , Featured Tagged with ,
Digg it       Save to Del.icio.us       Subscribe to My RSS feed      
Add this to:


RSS Feed RSS Feed

Ads

Categories: