| You are here: Home > Berita Semasa > Berapa gaji CEO di Malaysia? |
CEO atau Chief Executive Officer adalah orang yang bertanggungjawab terhadap kemajuan sesebuah organisasi. CEO lah orang yang membuat perancangan dan membuat keputusan-keputusan penting tentang hala tuju sesebuah organisasi. Jadi dengan tugas yang begitu berat, berapakah bayaran atau gaji untuk seseorang CEO.
Akhbar The Star bertarikh 13 December 2008, di dalam ruangan StarBizWeek sabtu lepas menyenaraikan
CEO-CEO di Malaysia yang memperolehi pendapatan tertinggi bagi tahun 2007.
Bagi syarikat berstatus GLC, CEO Bank CIMB iaitu Datuk Nazir Razak memperolehi pendapatan tertinggi iaitu sebanyak RM9.35 Juta. Beliau dikatakan “single force” di belakang penguasaan CIMB dalam dan luar Negara antaranya Thailand, Indonesia dan China.
Pendapatan lain-lain CEO bagi tahun 2007 adalah seperti dibawah.
1. CEO Maybank – Tan Sri Amir Sham Abdul Aziz – RM2.71 Juta
2. CEO Sime Darby Berhad – Datuk Seri Ahmad Zubir Murshid –RM2.05 Juta
3. CEO Bursa Malaysia Berhad – Datuk Yusli Muhamed Yusoff – RM1.97 Juta
4. CEO Boustead Berhad – Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin – RM – 1.85 Juta
5. CEO MAS – Datuk Seri Idris Jala – Antara RM950,000 – RM1 Juta.
Namun begitu, CEO-CEO bagi syarikat yang berstatus non GLC memperolehi pendapatan jauh lebih tinggi dari angka-angka di atas. CEO Genting Berhad iaitu Tan Sri Lim Kok Thay memperolehi pendapatan tahunan bagi tahun 2007 sebanyak RM86.5 Juta. CEO bagi kumpulan Astro All Asia Network Plc, Ralph Marshal pula memperolehi pendapatan tahunan sebanyak RM3.4 Juta. Manakala Executive Chairman bagi Puncak Niaga Holding Berhad Tan Sri Rozali Ismail memperolehi pendapatan RM5.2 Juta.
Syarikat- syarikat besar yang dari “family-owned business” juga dikatakan membayar CEO-CEO mereka dengan bayaran yang tinggi seperti syarikat IOI Corp Berhad, OSL Holding Berhad dan YTL Corp Berhad, tetapi tidak dinyatakan bayarannya.
Sesuatu yang menarik untuk diambil perhatian ialah, pendapatan CEO-CEO bagi kebanyakan syarikat yang disenarai di papan utama dan kedua adalah kurang dari RM400,000 setahun. Ini termasuklah Mycron Steel
Berhad, Scientex Packaging Berhad dan JobStreet Corp Bhd.
Itulah dia pendapatan CEO-CEO di Malaysia bagi tahun 2007. Apa komen anda ?
Popularity: 100% [?]
| Filed Under: Berita Semasa Tagged with Duit, gaji CEO, perniagaan |
Recommend Related Products












No comments yet.