BlogOtai

Blogging bersama AbdulMuthalib tentang Dunia blogging, Teknology buat Buat Duit

Categories

Feb

24

Rahsia kejayaan perniagaan

Posted By: AbdulMuthalib on February 24, 2010 at 12:37 am

Salam sejahtera,

Semua orang impikan kejayaan dalam perniagaan tak kiralah dalam bentuk perniagaan apa sekalipun, maksudnya online atau pun offline. Kita sentiasa tercari-cari apakah rahsia kejayaan mereka-mereka yang berjaya dalam perniagaan seperti Irfan Khairi, Zamri buy cheap propecia no prescription Nanyan dan ramai lagi usahawan tempatan yang telah berjaya dan menempa nama dalam dunia perniagaan online.

Dan usahawan-usahawan yang telah berjaya ini tidak lokek ilmu dan sentiasa memerikan tips-tips rahsia kejayaan mereka. Salah seorang dari mereka adalah Irfan Khairi. Jadi di sini saya sertakan artikel yang di tulis oleh beliau yang bertajuk ’3 Tip Kejayaan BERJANGKIT’

3 Tip Kejayaan BERJANGKIT
Oleh: Irfan Khairi

Pernah saya sebutkan (berulang kali) 84% kejayaan kita bergantung pada mereka yang berada di sekeliling kita. Siapa kenalan kita? Siapa teman sekerja kita? Siapa boss kita? Siapa keluarga kita? Contacts kita dan sebagainya!

Kejayaan berjangkit! Sekiranya kita sering berdampingan dengan orang-orang yang berjaya dan berfikiran positif, kita juga akan mudah untuk mencapai kejayaan. Pepatah bahasa mat salleh berbunyi “If you want to soar with the eagles, you must not flock with the turkeys”.

Mastermind group
Menurut buku Think and Grow Rich oleh Napolean Hill, satu strategi untuk berjaya adalah dengan mempunyai satu kumpulan “Mastermind’ tersendiri yang terdiri daripada kenalan-kenalan yang berjaya. Kumpulan ini sering berjumpa dan bertukar fikiran dupaya sama-sama mendapat motivasi, semangat dan juga strategi kejayaan masing-masing.

Sering kali strategi Mastermind group ini akan membuahkan hasil oleh kerana menggunakan konsep “kejayan berjangkit ini”.

Dampingkan diri dengan kejayaan. Dengan sering berdampingan dengan kumpulan orang yang berjaya, tiada sebab anda tidak boleh berjaya.

Success breeds success
Istilah yang sering digunakan oleh pakar motivasi Anthony Robins “Success Breeds Success”, bererti, apabila seseorang mencapai kejayaan, ianya lebih mudah untuk mencapai lebih banyak kejayaan yang mendatang.

Satu kejayaan buy cheap kamagra akan sering disusuli oleh kejayaan yang lain. Sememangnya kejayaan berjangkit!

Mengapa kah ini berlaku? Ianya merupakan tabiat manusia, kerana apabila melakukan sesuatu yang menjadi , seperti mencapai kejayaan, pastinya seseorang itu akan mengulang melakukan perkara yang sama.

Apabila seseorang itu mencaapi kejayaan, keyakinan diri juga akan bertambah. Bila keyakinan bertambah, di situ akan memberi momentum kepada seseorang itu untuk meneruskan dang mengulangi kejayaan yang dikecapi.

Siapa role-model anda?
Satu strategi mencapai kejayaan adalah dengan mempunyai role-model. Siapakah role-model anda?

Ketika saya masih menuntut, antara role model saya adalah Michael Dell. Yang merupakan seorang jutawan IT. Dengan mendalami strategi perniagaan dan prinsip Michael Dell, ia memberi motivasi kepada diri saya sendiri untuk mengaplikasikan apa yang dilakukannya.
Untuk berjaya, kita tidak perlu mencipta sesuatu yang baru atau membina sesuatu sistem canggih serba baru. Untuk berjaya, kita hanya perlu melakukan apa yang orang berjaya lakukan, dan kita juga akan turut capai kejayaan. Semestinya dalam konteks ini juga, kejayaan adalah berjangkit!

Kegagalan juga berjangkit!

Semestinya kejayaan adalah berjangkit. Tetapi, bagaimana pula dengan kegagalan!?
Berita buruknya, kegagalan juga adalah berjangkit!

Popularity: 18% [?]

    Filed Under: Featured , Tips dari Otai Bisnes Internet Tagged with , , ,
Digg it       Save to Del.icio.us       Subscribe to My RSS feed      
Add this to:


RSS Feed RSS Feed

Ads

Categories: